ANALISIS MAKLUM BALAS PENGUNJUNG PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR
A)
ANALISIS LATAR BELAKANG PENGUNJUNG
1) JANTINA
Bilangan pengunjung yang menyertai program kesedaran alam
sekitar kami ini iaitu terdiri daripada 44 orang murid lelaki dan 56 orang
murid perempuan. Jumlah keseluruhannya ialah seramai 100 orang murid.
2) KAUM
Murid-murid yang menyertai program kami ini terdiri
daripada pelbagai kaum. 91 orang daripada mereka ialah kaum Melayu, 1 orang
kaum Cina, 2 orang kaum India dan 6 orang daripada kaum lain-lain.
B)
ANALISIS SOALAN MAKLUM BALAS PENGUNJUNG
SOALAN
1
Apakah pandangan anda secara keseluruhan Program
Kesedaran Alam Sekitar?
63 orang murid memberikan pandangan bahawa secara
keseluruhannya Program Kesedaran Alam Sekitar ini sangat baik. 26 orang murid
pula berpendapat program ini baik. 10 orang menyatakan ianya memuaskan dan
hanya seorang murid yang berpandangan bahawa program ini tidak memuaskan. Kebanyakan
murid berpuas hati dengan program ini kerana program ini telah memberikan
banyak manfaat dan ilmu pengetahuan kepada mereka.
SOALAN
2
Apakah pandangan anda tentang pengisian program?
Kami bertanyakan soalan kepada murid tentang pengisian
yang telah dilaksanakan dalam program ini. 43 orang murid memberikan pandangan
bahawa pengisian program ini sangat baik. 48 orang murid yang lain pula
menyatakan pengisian program ini baik. Namun begitu terdapat 9 orang murid yang
menyatakan pengisian program ini hanya di tahap memuaskan. Tetapi, tidak ada
murid yang mengatakan program ini memberikan pengisian yang tidak memuaskan
bagi mereka. Melalui program ini, kami telah melaksanakan beberapa pengisian
tentang alam sekitar yang banyak memberi
manfaat kepada murid, guru dan sekolah. Setiap satu program yang dianjurkan
memberi impak yang positif kepada mereka. Contohnya seperti program Ceramah
Kesedaran Alam Sekitar. Melalui, pengisian program ini murid telah belajar
tentang bagaimana untuk menguruskan sisa pepejal dengan lebih baik dan
sistematik.
SOALAN
3
Bagaimanakah layanan penganjur?
Kami bertanyakan soalan kepada murid tentang bagaimanakah
layanan kami sebagai penganjur dalam program ini. 68 orang murid menyatakan
layanan kami sangat baik. 23 orang murid pula menyatakan layanan kami dalam program
ini baik. Di samping itu, terdapat 8 orang murid yang menyatakan layanan kami
berada pada tahap yang memuaskan. Namun begitu, terdapat 1 orang murid yang berpendapat layanan kami
dalam program tersebut tidak memuaskan. Sepanjang program tersebut kami telah
menyediakan hadiah kepada murid yang berjaya menjawab soalan tentang alam
sekitar yang kami tujukan dengan betul. Murid yang menyertai program ini juga
mendapat cenderamata sebagai tanda penghargaan daripada kami. Namun begitu,
semasa program terdapat murid yang tidak berpuas hati dengan layanan kami
kerana kami tidak memberi peluang untuk murid tersebut menjawab soalan. Murid
tersebut juga tidak memberikan perhatian semasa program dijalankan menyebabkan
kami perlu bertindak tegas terhadapnya.
SOALAN
4
Adakah selepas terlibat di dalam program ini anda lebih
menghargai alam sekitar?
Kami bertanyakan adakah selepas terlibat dengan program
ini murid-murid akan lebih menghargai alam sekitar. Hampir keseluruhan daripada
mereka iaitu seramai 98 orang murid menyatakan Ya. Mereka lebih menghargai alam
sekitar selepas menyertai program ini. Namun begitu, terdapat segelintir murid
yang menyatakan Tidak iaitu seramai 2 orang. Murid-murid ini lebih menghargai
alam sekitar setelah mereka tahu bagaimana cara dan jalan penyelesaian untuk
memelihara alam sekitar melalui program ini. Namun begitu, masih terdapat
segelintir murid yang masih tidak mahu menghargai alam sekitar. Hal ini kerana
mereka masih tidak sedar akan kepentingan alam sekitar itu sendiri dalam
memastikan kelangsungan hidup manusia.
SOALAN
5
Adakah anda berminat untuk mengikuti program seperti ini
pada masa akan datang?
Kami bertanyakan adakah murid-murid berminat untuk
mengikuti program seperti ini pada masa akan datang. Hampir keseluruhan
daripada mereka iaitu seramai 94 orang murid menyatakan Ya. Mereka berminat
untuk menyertai program seperti ini. Namun begitu, terdapat segelintir murid
yang menyatakan Tidak iaitu seramai 4 orang. Murid-murid berminat kerana
pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang program ini. Ini juga
merupakan kali pertama program seperti ini dianjurkan di sekolah menyebabkan
murid-murid lebih tertarik. Hadiah yang diberikan juga lumayan dan menyebabkan
murid berpusu-pusu untuk menyertai program yang telah dirancang.
PENAMBAHBAIKAN/KRITIKAN
UNTUK PROGRAM YANG DIJALANKAN
Penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar adalah penting
dan menjadi tanggungjawab kita semua sebagai ahli komuniti. Pendekatan yang
memberikan penekanan kepada perubahan minda, sikap dan perlakuan warga SK Taman
Semarak ke arah mencintai alam sekitar dilaksanakan kepada peringkat awal iaitu
kanak-kanak kerana melentur buluh biar dari rebungnya. Apabila mereka
mengamalkan gaya hidup yang mencintai alam sekitar, pastinya amalan ini akan
diteruskan sehingga mereka menjadi dewasa kelak.
Ini
merupakan kali pertama kami menjalankan Program Kesedaran Alam Sekitar, jadi
ada aspek yang masih boleh ditambah baik supaya pada masa akan datang, ia boleh
dilaksanakan dengan lebih baik. Kami membincangkan kelemahan-kelemahan yang
muncul semasa program dan juga melihat kepada analisis maklum balas daripada
pengunjung untuk melihat alternatif bagi penambahbaikan. Antara aspek yang
perlu ditambah baik ialah pengisian program dan pengurusan masa.
Dari segi pengisian program, mengikut maklum balas yang
diterima, ada sebilangan murid iaitu 9 daripada 100 orang yang menyatakan
bahawa pengisian program adalah pada tahap yang memuaskan sahaja. Hal ini
berikutan tempoh program yang singkat iaitu hanya dua hari. Pengisian yang
dilaksanakan juga kurang mendapat sambutan daripada murid seperti aktiviti
membina model jambatan menggunakan bahan terbuang hanya disertai oleh
segelintir murid sahaja. Hal ini disebabkan oleh kurang promosi daripada pihak
penganjur di mana kami hanya memaklumkan kepada murid semasa perhimpunan pagi
dan poster ditampal pada bahagian tertentu di sekolah.
Langkah penambahbaikan untuk pengisian program yang lebih
baik ialah menjalankan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik minat murid seperti
penerapan kesedaran melalui permainan dan sebagainya. Untuk promosi, pihak
penganjur boleh menampal poster di setiap kelas, mengumumkan hadiah yang bakal
dimenangi dan menyediakan token sampingan bagi menarik penyertaan.
Selain itu, dari segi pengurusan masa, kami menghadapi
masalah untuk menetapkan tarikh kerana ada program lain yang bertindan dengan
program yang kami cuba jalankan. Kami terpaksa menghubungi pihak penceramah
dengan kerap untuk menetapkan tarikh yang sesuai. Akhirnya, kami memilih 23 dan
24 Julai 2014 untuk menjalankan Program Kesedaran Alam Sekitar ini. Masalah
juga muncul apabila Penolong Kanan 1 melarang kami menggunakan waktu pengajaran
dan pembelajaran untuk mengadakan program, namun setelah perbincangan, beliau
membenarkan kami melibatkan murid dalam program pada waktu selepas rehat dan
waktu kokurikulum.
Aspek pengurusan masa ini boleh ditambah baik dengan
perancangan yang lebih teliti dan sistematik. Hal ini akan mengurangkan
sebarang program yang bertindan. Selain itu, bagi mengelakkan gangguan kepada
murid dalam masa pengajaran dan pembelajaran mereka, cadangan penambahbaikan
yang boleh diambil ialah menyediakan pengisian yang boleh diselitkan dalam
pengajaran dan pembelajaran mereka seperti membina poster semasa waktu PSV dan
sebagainya.
Melihat kepada program yang dijalankan, masalah lain yang
timbul ialah penglibatan murid. Menerusi pemerhatian, semasa penceramah
menyampaikan ceramah, ada murid yang tidak mendengar dan membuat perkara lain.
Ini disebabkan oleh keadaan tempat yang membuatkan mereka bersesak-sesak dan
tidak selesa. Ini akan membantutkan minat mereka untuk mendengar.
Cadangan yang boleh diambil ialah memilih tempat yang
sesuai atau mengadakan aktiviti yang lebih berpusatkan murid seperti LDK bagi
menarik minat murid dan mengelakkan mereka membuat perkara lain.
Kelemahan-kelemahan yang timbul semasa program dijalankan
adalah sebagai peluang kepada penganjur untuk menjalankan program dengan lebih
baik pada masa akan datang. Diharapkan semoga kesedaran terhadap alam sekitar
ini mampu diterapkan dengan berkesan kepada generasi awal ini kerana mereka
yang akan membentuk masa depan negara.